ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

SALAM MAULID NABI SAW 1439H

SALAM MAULID NABI SAW

Bagaimana mahu dibilang cinta, andai setiap kali datang maulidnya kau tak suka? Tak apalah, segala puji tetap bagi Allah Ta'ala yang telah mengurniakan pelbagai kenikmatan selama kita hidup di dunia dan tiadalah sebenarnya kenikmatan hakiki kerana keberadaan kita di dunia ini tidak abadi.

Duhai Rasulullah, cahaya kebenaran terpancar pada jalanmu dan kemudiannya membawa rahmat ke seluruh alam. Selawat dan salam ke atasmu wahai Nabi SAW, juga buat ahli keluargamu, para sahabat, para auliya, para solehin, dan juga buat orang-orang yang menurut jejak langkahmu.

Moga Allah Ta'ala memberi kekuatan kepada kita hendaknya, sebagaimana Allah Ta'ala memberikan kekuatan kepada al-Imam Muhammad bin Said al-Bushiri, pengarang Qasidah Burdah ini. Benar kata beliau:

Nafsu itu tak ubahnya seperti anak kecil yang masih menyusu. Kalau dibiarkan ia akan terus menyusu sampai ke tua, tetapi jika engkau berhentikan, ia akan berhenti.

Siapa yang sering berbantah-bantah dalam bab ranting, samalah ibaratnya seperti anak kecil yang masih menyusu ibunya. Kalau mahu teruskan tak apa, teruskanlah menyusu, akan tetapi usah terus menyalah-nyalahkan orang lain yang mahu memperingati hari kelahiran kekasih-Nya yang mulia.

Wallahu ta'ala 'alam.

— Ampuan Awang, sebuah catatan lama suatu ketika

Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top