ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Lagu Anak Révolusi — Allahyarham Dharmawijaya

LAGU ANAK RÉVOLUSI

Atas nama anak révolusi
yang bertaut cita dan cinta gigih dan berani
telah gemuruh sumpah dari satu angkatan
untuk melimpah tuah dipinta sejarah kehidupan.

Maka tiada baginya sekadar menanti belas-kasih
untuk mengisi harga diri dan tenang tenteramnya
pun tidak sekadar melepas keluh-rintih
pada serik getir yang ditatangnya
kerana tiap tarisiang di bawah hangat mentari
dan hening malam yang diajuk mimpi
meminta segala unjuk-setia dalam perjuangan
meminta segala unjuk-rela dalam pengorbanan.

Berlagulah ia: matanya mengusap pandang laut keluhuran
berlagulah ia: degup jantungnya menghantar kasih persaudaraan
jauh meresapi teluk hati anak manusia
dari gunung dan lurah lalu ke puncak menara.

Lantas pabila bangun dan melangkah ia
antara hiruk pikuk dunia
suaranya topan bakal membunuh bicara pepura
tangannya api bakal membakar belantara sengsari
dadanya embun bakal menyiram kembang sejahtera.

Ya, lagu anak révolusi
sederap memecah témbok tradisi dan trajidi
lagu anak révolusi
berlalu hari telah sedia memberi bakti.

— Allahyarham Dharmawijaya, 10 Oktober 1968
*dedikasi buat pejuang 'syrian arab army' bersama sekutu yang telah berjaya menduduki kembali di Aleppo.

Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top