ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Belasungkawa buat Allahyarham Tamam Idris

SEIRING ingatan kepada Allahyarham Tukya Azizi Hj. Abdullah, ingatan yang sama meniti kepada Pak Tamam Idris yang memegang watak sebagai seorang pesilat, malah beliaulah pelakon yang menjiwai watak sebagai Tukya dalam drama 'Seorang Tua Di Kaki Gunung'.

Meskipun aku pernah berdiam di Bukit Tinggi, namun tak pernah berpeluang bertemu Allahyarham Pak Tamam yang khabarnya menetap di Janda Baik. Padahal jarak antara keduanya tidaklah sejauhmana. Barangkali tak ada rezeki dalam pertemuan, kerana setiap pertemuan pun dengan izin Allah jua adanya.

Wahai Allah peliharakanlah mereka. Tempatkanlah mereka di kalangan orang yang beriman.

Benar kata Tukya mengenai 'azam',

"AKU dirikan rumah dengan azam, bukan dengan duit."

اِنّا لِلّهِ وَاِنّا اِلَيْهِ رَجِعُوْنَ 

اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ، وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ، وَوَسِّعْ مَدْخَلَهُ، وَاغْسِلْهُ بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ، وَنَقِّهِ مِنَ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتَ الثَّوْبَ اْلأَبْيَضَ مِنَ الدَّنَسِ، وَأَبْدِلْهُ دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهِ، وَأَهْلاً خَيْرًا مِنْ أَهْلِهِ، وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهِ، وَأَدْخِلْهُ الْجَنَّةَ، وَأَعِذْهُ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ وَعَذَابِ النَّارِ 

SEORANG TUA DI KAKI GUNUNG

Sebuah dunia yang terasing
di kaki gunung
di pinggir kali
hutan lebat
muziknya adalah kicau burung
iramanya desir dedaun gugur
seorang Tukya bermukim hidupnya.

Sebuah dunia yang terasing
nafas hidupnya adalah Tukya
cinta adalah kesetiaan
bagai teguh sebatang cengal
bagai bersih setitik embun
seorang besah yang kesepian.

Sebuah dunia yang terasing
kasih sayang yang renggang
antara kota dan rimba
penghubungnya seorang cucu
barangkali mengerti sebuah tradisi
barangkali
kerelaannya adalah kasih sayang
bersama cengkerik dan lutung
dunia rianya adalah rimba hijau
bersekolah pada alam
bukunya dari dedaun pokok rimba raya.

Di sini setitik keringat yang mengalir
adalah sungai bahagia
di sini selengkar rotan yang ditarik
adalah denyut hidup
segelas madu lebah
adalah kekuatan meredah denai
kerana di sana sebuah kehidupan
memberi makna.

Anak di kota sudah tercabut akar tradisi
cucu yang menyengat bagaikan lebah
menantu yang tidak punya nilai rimba
adalah cabaran bagai sebatang cengal
adalah sindiran.

Tukya, ini sebuah saksi
dari gunung dan puncaknya
dari cengal dan rimbanya
dari kicau dan muzik rimba
menggenggam segenggam tanah
aku masih hidup Tukya
dan rimba gunung adalah dunia
aku di sini
akulah seorang tua di kaki gunung.

http://www.hmetro.com.my/node/150397

Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top