ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Jalan: Sidang Para Intelektual

#jalan: sidang para inteletual‎

sayang, kau rasa
kau telah masuk
ke ruang lingkup
yang kaunamakan ia
sebagai sidang para intelektual,

lalu kau bicarakan hal-hal
yang berkait tentang
dunia intelektualisme
melalui neraca sudut pandangmu
yang kaurasakan benar.

pun begitu sayang,
aku berasa khuatir.
mahunya aku tidak khuatir,
mana tahu nanti kau
menjadi seorang intelektual palsu
yang‎ sekadar mahu
mencari pengaruh dan pengikut
yang ramai demi kepentingan
peribadimu sendiri. siapa tahu,
bukan.

boleh jadi sahaja kau
menjadi pemikir palsu
yang bercerita tentang
kebenaran sedang terancam,
sedang yang terancam itu
sebenarnya kedudukanmu sendiri.
bukankah itu ironi, atau bagaimana.

sementelah aku berkata begini, apa katamu?
dan apa pula matlamat sebenarmu berbuat begitu?

— Ampuan Awang‎, 27 Mei 2016

*foto karya: Joseba Elorzas — Surreal Digital Art

Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top