ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Jalan: Sakit atau Sihat, Kematian Tetap Merakiti Kita

#jalan: sakit atau sihat, kematian tetap merakiti kita‎

sayang, khabar orang sakit
ibarat amaran buatmu
yang berasa seolah 'kan sihat selalu.
namun itulah, kadang kau tiada mengerti
bahawa sepanjang hidup ini tak semestinya
kau harus sakit dahulu baharu kau mati — dan
tak semestinya kau yang sihat sejahtera lambat mati.
sesaat tiada diperlambatkan Tuhan — sesaat
tiada dipercepatkan Tuhan akan takdir matimu.
apalah sesal yang hendak kausesalkan lagi,
andai kau sudah siap bersiap? tiada keraguan
lagi 'kan hinggap, sayang — kerana yakinmu
teguh membenam ragumu. ingat itu, tahu!

— Ampuan Awang, 10 Jun 2016
*glosari: merakiti — mendekati‎

*foto karya: Sleep — Salvador Dali

Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top