ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Jalan: 'Pabila Kau Sudah Cinta

#jalan: 'pabila kau sudah cinta

sayang, 'pabila kau sudah cinta,
matamu ibarat mata yang pejam
dari memandang yang lain selainnya,
tika itu sudah tiada lagi
istilah kau mahu cemburu iri
melihat saudara sesamamu lagi,

dan setiap permasalahan hidup
yang kaulalui
sudah tidak akan
menjadi beban bagimu,
kerana pada kau
jika cinta-Nya berjaya kaudapatkan,
akan kaudapatkanlah damai,
di mana segala kerisauanmu terungkai —
sementara kekusutanmu
pula 'kan terlerai,

percayalah sayang, cinta sejati
sesamamu itu tidak ada, yang wujud mutlak
hanya cinta untuk-Nya,
dan yang ada padamu kini
sebenarnya hanyalah khayalan
yang menanti detik
menuju kemusnahan.

— Ampuan Awang

*foto karya: Golden and Rule of Thirds — Van Gogh
*teruskan menulis kata-kata yang baik, kerana kata-kata yang baik akan menjadi bekal amal, meski nanti kau sudah meninggalkan dunia ini, kata-kata baik yang kaulafazkan akan terus kekal mekar, subur ia di jiwa insan.

Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top