ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Jalan: Kita Tak Pernah Memiliki Suatu Apa Pun

#jalan: kita tak pernah memiliki suatu apa pun

sayang, usah risau apa yang ada di tangan orang,
kerana kita tiada tahu apa yang akan berlaku selepas ini.
hari esok juga masih samar dan kau kabur mengenainya,
kerana yang pasti adalah yang berlaku sekarang,
yang selepasnya belum pasti dapat atau tidak kita lalui lagi.

sayang, kita ini tak pernah memiliki apa-apa,
kerana kita merasa memiliki sesuatu itulah, Allah datangkan
bermacam-macam rupa ujian yang bertimpa-timpa —

demi menyedarkan bahawa dikau tidak memiliki suatu
apa pun melainkan ia adalah amanah yang dipinjamkan sebentar
oleh-Nya kepadamu. harus kau ingati selalu, bahawasanya setiap
yang namanya pinjam, akan pulang ke pangkuan pemberi pinjaman.

Allahu Rabbi, ampuni kami.

— Ampuan Awang, 16 Jun 2016

*foto karya: The Fruit Merchants — Justin D. Miller

Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top