ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Jalan: Hanya Kematian — Kebenaran Mutlak Buat Kita, Sayang

#jalan: hanya kematian —  kebenaran mutlak buat kita, sayang

sayang,
kebenaran tiada perlukan mata,
kerana ia sendiri melihatmu.
ia juga tiada perlukan telinga,
kerana ia sendiri mendengarimu.
ia tiada mengharap suatu apa pun,
sedangkan kau sendiri berharap akannya.
entah apalah yang hendak kau banggakan
sangat selama kau hidup, sedangkan kau
memang tiada punya apa-apa,
dayamu pun terbatas. kerana kebenaran
yang mutlak bagimu hanyalah titik noktah,
iaitulah kematian. ya, hanya kematian.
segala yang lazat tamat,
usai kau putus hayat,
sayang.

Ampuan Awang, 09 Jun 2016

*foto karya: The Persistence of Memory — Salvador Dali

*apa kau kira Tuhan bohong perihal kematian?

‎Firman Allah di dalam surah ali Imraan, ayat 185:

كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ وَإِنَّمَا تُوَفَّوْنَ أُجُورَكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ فَمَن زُحْزِحَ عَنِ النَّارِ وَأُدْخِلَ الْجَنَّةَ فَقَدْ فَازَ وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلَّا مَتَاعُ الْغُرُورِ

"Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.‎"

Di dalam surah an-Nisa juga ada, ayat 78:

أَيْنَمَا تَكُونُوا يُدْرِككُّمُ الْمَوْتُ وَلَوْ كُنتُمْ فِي بُرُوجٍ مُّشَيَّدَةٍ وَإِن تُصِبْهُمْ حَسَنَةٌ يَقُولُوا هَٰذِهِ مِنْ عِندِ اللَّهِ وَإِن تُصِبْهُمْ سَيِّئَةٌ يَقُولُوا هَٰذِهِ مِنْ عِندِكَ قُلْ كُلٌّ مِّنْ عِندِ اللَّهِ فَمَالِ هَٰؤُلَاءِ الْقَوْمِ لَا يَكَادُونَ يَفْقَهُونَ حَدِيثًا

"Di mana jua kamu berada, maut akan mendapatkan kamu (bila sampai ajal), sekalipun kamu berada dalam benteng-benteng yang tinggi lagi kukuh. Dan kalau mereka beroleh kebaikan (kemewahan hidup), mereka berkata: "Ini adalah dari sisi Allah", dan kalau pula mereka ditimpa bencana, mereka berkata:" Ini adalah dari (sesuatu nahas) yang ada padamu". Katakanlah (wahai Muhammad): "Semuanya itu (kebaikan dan bencana) adalah (berpunca) dari sisi Allah". Maka apakah yang menyebabkan kaum itu hampir-hampir tidak memahami perkataan (nasihat dan pengajaran)?‎"

duhai diriku sendiri, sedarlah bahawa Tuhanmu Mahamemberi, kau sahaja yang lupa sentiasa akan pemberian-Nya, malah kau berani bilang bahawa pemberian-Nya ini mutlak milikmu selama-lama. hayat ini pun kau pinjam, dan dirimu sendiri pun pinjam sahaja. ingat itu, tahu!

Sent from my BlackBerry 10 smartphone.









0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top