ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Jalan: Di Taman Senda Gurau

#jalan: di taman senda gurau

sayang, kau sendiri maklum
bahawa dunia ini adalah taman
senda gurau dan main-main.

usah kaulupa akan takdirmu
yang tetap berada di dalam genggaman-Nya,
di mana setiap deru nafas yang
terhembus adalah kurniaan-Nya.

dan segala gelisah rusuh yang membadai
di dalam sukmamu itu datang dari-Nya,‎ duhai
Yang Mahamembolak-balikkan sekalian hati.

percayalah kau sayang, andai syukur kau tiada,
maka dalam tak sedar kau baharu sahaja
meludah akan firman-Nya.

— Ampuan Awang, 05 Jun 2016‎

*foto karya: Sharing Their Pleasures — Eugenio Zampighi (1859–1944)
*salam ramadan 'tuk sekalian umat Muhammad, meski lelah teruslah beramal, nikmatnya nanti kita mendapat bukan di sini, kerana tuntutan ganjarannya akan kita terima di sana nanti.

Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top