ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Akhir Satu Penantian — Talib Samat (Belasungkawa Buat Insan Berjasa)

AKHIR SATU PENANTIAN

Dalam kembara yang belum tentu ini
aku termangu-mangu apakah hasil
apa apakah pembalasan yang bakal
aku terima dan garapi serta serapi
apakah perjuangan yang
berlangsung selama lebih sedekad
itu akan berakhir dengan nihil
dan tidak bererti sama sekali
apakah pergelutan dan pertarungan
yang sebegitu sengit dan unik
berakhir dengan kehancuran
dan sejarah perjuangan aku
yang aku harap akan menelurkan
hasil yang setimpal dengan
curahan ikhtiar dan dedikasi
cebisan-cebisan harapan masih
bergantungan dan berjuntaian
di ufuk timur dan barat
dan ketidaktentuan ganjarannya
apa yang tinggal kini hanyalah
kenang-kenangan keagungan masa
silam yang semakin deras geraknya
semakin menjauh meninggalkan daku
dengan puputan angin senja
yang begitu membuai rasa insani
di tengah-tengah hancur lebur
sebutir harapan di langit cita-cita
yang menghempas di kaca berbatu
masih berbayang lagi ingatanku
akan suka-duka semasa di bangku sekolah
yang begitu menghiris dan membeku
yang mengocak-ocak di sudut hati
terus menerus memukul kubu iman
dan benteng pertahanan diperkuat
meskipun tulang berkecai-kecai
berserakan mencemar suasana
memukau apa jua memori masa lalu
terus melanda dan mengganas
pasti kugempur dan bereskan juga.

— Allahyarham Prof. Madya Talib Samat, Ulu Tebrau, JDT #alfatihah

*‎sumber foto: google

Mesej ini daripada anak Prof. Talib Samat, Siti Hajar yang mengkhabarkan perihal ayahandanya yang telah kembali ke rahmatullah pada jam 1 pagi, katanya begini:

"Assalamualaikum. Nk maklumkan ni, ayah hajar, Dr Talib Samat baru saja meninggal dunia td pukul 1pg sebab serangan jantung. Mtk doakan segalanya dipermudahkan utk ayah. Ayah akan dikebumikan dlm pukul 11 pg. Kpd sahabat2,anak2 murid ayah saya ingin memohon kemaafan jika arwah ada melakukan kesilapan kpd kalian.‎"

#alfatihah teruntuk insan yang telah banyak menabur jasa dalam dunia penulisan di negara kita.

Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top