ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Cinta Bauksit Cintanya Duit II

Cinta Bauksit Cintanya Duit II

bukan sudah terang dikhabarkan
isu bauksit ini bukan isu baharu
padahal ia isu lama sejak dahulu
tapi apakan daya mata tak ada
kalau tak kerana jalan penuh debu
kalau tak kerana air laut bertukar merah
dan kalau tak kerana rakyat naik marah menyampah
memang tak turunlah kaki berpijak sampai ke sudah

tapi perkara tersebut sedia dimaklumi
sebaik ia menjadi 'viral' seantero dunia
baharulah gendang dipalu sekuat-kuat
stesen tv dikerah buat liputan besar-besaran
seluruh jabatan diminta rapatkan barisan
alih-alih konon orang pejabat tanah terima suapan
entah gamaknya berapa banyak pitis berkoyan
entah tak dapat dipastikan sejak bila dapat habuan;

lihatlah, betapa licik syaitan kapitalis
yang menimba untung di tanah berbauksit,
marahlah teruskan marah, sumpah dan makilah
syaitan kapitalis akan terus mengorek tanah
kemudian kendong untung besar ke tanah besar
lalu apa kata syaitan kapitalis buat para penentangnya

'KAMI PEDULI APA!!!',

kemudian syaitan kapitalis bauksit menambah,

'bekal dia orang hanya sajak dan puisi,
tapi kita ada duit dan kroni, mari
kita tengok siapa dahulu menang,
mari saksikan siapa yang tumbang'.

— Ampuan Awang‎, suatu petang sebelum asar 8 Januari 2016
*sumber foto: malaysiakini

Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top