ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Jalan Bahasa (Tinggal Jalan Sahaja)

Jalan Bahasa (tinggal jalan sahaja)

kini aku berada di jalan bahasa
namun aku tak tahu bahasa apakah ia
barangkali ia bahasaku sendiri
atau mungkin bahasa lain
yang telah mengganti
bahasaku yang telah mati.

kini aku berada di jalan bahasa
entah seru macam mana mereka mahu
dalam bahasa lembut diseru sudah
dalam bahasa keras sudah juga
dalam bahasa kurang ajar juga ada
namun penguasaku bagai tugu
mereka tahu tetapi bagai sengaja lengah waktu
mungkin nantikan peluang tiba
menangguk di keruh air
demi agenda sendiri
agenda bangsa tertunda
mereka berhenti peduli.

kini aku berada di jalan bahasa
namun aku tak tahu bahasa apakah ia
tak tahu apa hendak dikata tentang bahasaku
apa boleh buat kerana pemimpinku gila
perlembagaan negara sendiri pun
boleh lupa, betapa gila — gila bukan?

— Ampuan Awang, petang ‎26Disember2015
*foto: bersinggah santap di kedai si kolonel dari kentucky di jalan bahasa, labuan

Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top