ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Cinta Bauksit Cintanya Duit — Kisah Luka Bumi Pahang


cinta bauksit cintanya duit

cerita panjang pun tak guna kawan
pengusaha bauksit tuhannya duit
ah lihat pemerintah tenang sahaja
kerana pencemaran rakyat merasa‎.

barangkali tunggu ada mati dahulu
lalu kemudian usai ada yang mati
baharu sibuk turun padang 'selfie'
muat naik status di fb selesai itu ini.

namun masalah tetap tak sudah lagi
kerana duit naik takhta beraja di hati
asyik bilang kata 'tidak teragak-agak'
dalam akhbar bukan main lagi berani
tapi itulah, bukan begitu dalam realiti.

lihat, pabila duit mengganti tuhan
yang tiada ada tega diada-adakan
yang ada berani  ditiada-tiadakan
kerana duit mata jadi buta segala
kerana duit semua orang jadi gila.

cinta bauksit cintanya kepada duit
cinta bauksit cintanya kepada duit
cinta bauksit cintanya kepada duit

meski sementara, tujunya itu sahaja.

— Ampuan Awang, siang ‎‎23 Disember 2015

#kisah bauksit, salah satu daripada rangkuman kisah kegilaan pengusaha kapitalis yang rakus melahap khazanah bumi di dalam ini negeri, tindakan penguasa negeri ada tetapi sekadar patukan ular lidi, betapa gilanya apabila duit menjadi raja, yang jadi mangsa rakyat biasa yang biasa-biasa sahaja, hendak dikompelin nanti disuruh pula berangkat ke luar negeri, sudah gila bodoh lagi, aduhai negeriku.

Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top