ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Selangkah Ke Alam Barzakh: Pindah (Alam)

#pindah (alam)

Orang yang bersedia untuk pindah alam
pasti akan berasa amat girang sekali untuk berpindah
kerana mahu lekas menemui Tuhan-Nya

Tak sama seperti orang tak sedia pindah
untuk berpindah dia takut, kerana pindah dia gelabah
kerana amal tak ada, dosa seluas lautan

Orang yang bersedia untuk pindah alam
sama seperti orang yang girang menunaikan solat
kerana solat jadi talian hayat kepada-Nya

Tak sama seperti orang tak sedia pindah
mendengar perkataan mati pun naik takut, dia takut
kerana sepanjang hidup solat tak tertunai

Orang yang bersedia untuk pindah alam
sama seperti orang yang girang saat ramadhan tiba
kerana bulan itu dirinya mendekati-Nya

Tak sama seperti orang tak sedia pindah
kerana dari dahulu perutnya tak pernah berpuasa
sementara dirinya takut sekali diazab Allah

Orang yang bersedia untuk pindah alam
sama seperti orang yang riang saat syawal menjelang
kerana bulan itu bulan kemenangan baginya

Tak sama seperti orang tak sedia pindah
bulan syawal padanya sama seperti bulan-bulan lain
jadi dia takut diazab Allah di akhirat kelak

Orang yang bersedia untuk pindah alam
tak sama seperti orang yang tak sedia untuk pindah
kerana pindah itu mati, tak sedia takut sekali

Sama ada bersedia atau tidak untuk pindah
kita tetap akan pindah dan kembali menemui-Nya
dunia ini perhentian , ia bukan negeri abadi.

#AA‎ a.k.a Ampuan Awang

Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top