ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Sumbangan Dana Kelas Pengajian Al-Quran di Kampung Jenalik Baling Kedah

#uslub: jika kepada 'PIHAK YANG BERKENAAN' apabila diajukan permohonan kurang mendapat perhatian malah kelihatan seringkali lambat dalam tindakan, maka kita seru seluruh umat Islam itu sendiri bertolong-tolongan dalam perkara kebaikan, permudahkan yang mudah, usah dipersulit, sekian(.)

SUMBANGAN DERMA KEPADA JAWATANKUASA KEMAJUAN DAN KESELAMATAN KAMPUNG JENALIK BALING KEDAH

Izinkan saya dengan segala hormatnya menarik perhatian YDH UMAT ISLAM mengenai perkara di atas.

2. Adalah dimaklumkan, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Jenalik Baling Kedah ingin memohon sumbangan bagi membiayai kelas modal insan. Kelas modal Insan ini adalah kelas pengajian Al-Quran dengan menggunakan kaedah 3M iaitu menyebut, mengeja, membaca. Sumbangan ini untuk menampung kos pembangunan, penyelenggaraan dan lain-lain kos kelengkapan untuk pembelajaran.

3. Tujuan program ini diadakan adalah seperti berikut:- 

3.1. Memberi pendedahan supaya mengenali huruf dan cara pembacaan Al Quran mengikut kaedah 3;
3.2. Untuk membendung masalah sosial agar lebih mahir dan mampu membaca Al – Quran dengan baik;
3.3. Mendidik golongan bahawa pentingnyanya pengajian Al-Quran yang mana adalah penawar hidup setiap umat Islam;
3.4. Mewujudkan aktiviti mengikut golongan agar masa diisi dengan aktiviti yang berfaedah.

4. Sehubungan perkara di atas, individu daripada kalangan YDH UMAT ISLAM yang ingin menderma bagi tujuan ini boleh terus menyalurkan sumbangan seperti berikut :-

4.1. Nama: JKKP Kampung Jenalik
4.2. No. Akaun: 2-00-5151-00013659-0 (Bank Pertanian Malaysia – Agro Bank)
4.3. No. Telefon: 014-3060285 (En. Mohamad Rusdi b. Hj Abdul Razak)
4.4. Alamat: Kampung Jenalik, No. 50 Jalan Weng , Mukim Bongor 09100 Baling, Kedah Darul Aman

5. Semoga sumbangan daripada YDH UMAT ISLAM dapat membantu pertubuhan  tersebut di dalam pembinaan yang telah dirancang. Pohon YDH UMAT ISLAM menghebahkan perkara ini ke seluruh alam. Mudah-mudahan sumbangan ini sedikit sebanyak melancarkan dan mempercepat urusan pihak yang berkenaan, dan moga ALLAH Ta'ala menaungi kita di bawah payung rahmat-Nya. ALLAHUMMA aamiin ya rabbal 'alamin!

"Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya."

~ surah al-A'raaf, ayat 261

Sekian terima kasih

Yang Berusaha,
WAKIL PENYEBARAN UMUM SEDUNIA @AA, 04MAC2015

Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top