ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Pesan Tok Guru Ismail Haji Kamus: Perihal Mazhab

‎Pesan Tok Guru Ismail Haji Kamus (2)

#mazhab: sedikit-sedikit itu salah, ini salah, kalau sudah semuanya salah, apa yang betul (?)

"TIMBUL masalah pasal apa nak bermazhab? Timbul juga. Zaman nabi tak ada. Betullah zaman nabi tak ada mazhab, nabi ada. Apa-apa masalah, tanya saja nabi. Tapi apabila umat Islam telahpun tersebar luas, maka ulama'-ulama' pun telah pergi jauh-jauh maka kita tak dapat nak merujuk kitab al-Quran, pasal kita tak pandai bahasa 'Arab. Nahu pun tak pandai. Ilmu balaghah pun tak pandai. Ilmu usul pun tak pandai. Usul feqah pun tak tahu, mustholah hadith pun tak mengaji.

Kita terpaksa ikut ulama'-ulama' yang pandai berkata. Kita ada paip di rumah, pakai sajalah. Tak payahlah nak cedok air kat Hulu Kelang tu. Kan susah punya kerja. Paip rumah dah ada, bukak sajala paip tu. Maknanya hukum-hukum dah siap ditulis oleh ulama' yang hafal Quran, hafal hadith, ilmu-ilmu semua siap dah ada. Kita, ilmu tak ada. Tak payahlah lagi kita nak cedok al-Quran, pasal bahasa 'Arab kita hanya pandai 'ana' 'anta' saja. Itupun kadang-kadang terbalik'. Nak buat macam mana?

"Ustaz,'ana nak ke mana?"

Mana aku tahu?

Begitulah ... (.)

~ Tok Guru Ismail Haji Kamus

#berkongsilah yang baik-baik untuk kebaikan selama hidup di dunia (...)

Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top