ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Pesan Tok Guru Ismail Haji Kamus: Hindari Ilmu Khilaf ...

Pesan Tok Guru Ismail Haji Kamus

#hindari: jauhi diri daripada gigih mendalami ilmu khilaf, carilah ilmu-ilmu lain yang lebih baik daripada ilmu yang tersebut ...

"JANGAN kita suka bercampur dengan orang yang baru belajar ilmu feqah. Baru belajar, baru tahu sedikit-sedikit, suka nak 'kondem' orang lain. Lebih-lebih lagi orang yang dikata suka sibuk belajar ilmu KHILAF — ilmu berselisih pendapat ulama'. Buat apa?

Ada ulama' kata 'Wabihamdih' itu boleh dibaca, ada pendapat ulama' kata hadith dhaif. Tak apa. Ada ulama' kata talqin boleh baca, ada ulama' kata tak payah. Baik, siapa kata nak baca talqin, baca. Taknak baca pun tak apa, itu soalan dia, buat apa nak berkelahi?

Siapa nak berwirid, berwiridlah. Siapa tak wirid, sudahlah. Siapa nak baca doa ramai-ramai, baca. Taknak baca doa pun tak apa. Itu kan mudah begitu. Jangan kita ... dahlah orang Melayu ni sedikit, di surau pun pecah dua. Apa yang dia dapat?

Yang datang dah tak ramai, pecah tiga pulak. Apa untung? Untung apa?"

~ Tok Guru Ismail Haji Kamus

#berkongsilah akan perkara-perkara yang bermanfaat, kerana kita tidak tahu apa kesudahan nasib kita di belakang hari nanti ...

#A.A

Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top