ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Surat Kepada Pelajar — Abdul Ghafar Ibrahim (AGI)

‎#dramatis: tulis sang guru dalam 'surat kepada pelajar'

Aku tahu ada antara kita yang menangis
jangan menangis kerana duka
atas buruknya wajah kita.
Suram kita bukan kerana duka
kerana geram
mana boleh kalah
kita mesti menang
semangat ini mesti ditanam.

Aku lihat kalian berani bangun
aku belum boleh tersenyum
kau juga jangan
tiada kepuasan sebelum mati.

Di pentas lalu kita kalah selalu
justeru di sini kita berteriak
jangan belenggu aku
aku mahu maju
tak teragak-agak.

Jadikan diri mengerti kelemahan sendiri
ke puncak
ke sana hadirkan diri
diri sendiri digerak
kita mesti bergerak.

Dan bergerak
himpitan-himpitan matikan
rintihan-rintihan kuburkan
lihat ke dalam diri sendiri
di sini berdiri diri
sampai puas berkata:
SELAMAT BANGSA.

~ Abdul Ghafar Ibrahim (AGI), dalam buku bertajuk 'Zaman Yang Mencabar', terima kasih buatmu, guru!

Sent from my BlackBerry 10 smartphone.


0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top