ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Akhir Zaman: Jangan Buat Benda Pelik

‎"JANGAN BUAT BENDA PELIK"

Semalam ada individu cakap pada saya bahawa ikut al-Quran dan al-Sunnah lebih selamat. Sudah tentu saya setuju kenyataan ini kerana itu yang telah diperintahkan.

Dia kata lagi, PARA ULAMA tidak dijamin masuk syurga tetapi para sahabat Radiyallahu 'anhum dijamin syurga, oleh itu ikut sahabat lebih selamat dan terjamin berbanding IKUT ULAMA. Pendek kata dia hendak menekankan, jangan berhujah sangat dengan kata-kata ulama, ambil terus dari al-Quran, al-Sunnah dan Sahabat.

Secara literal saya bersetuju dengan kenyataan beliau, tetapi ada beberapa persoalan yang muncul di minda saya:

1) Bagaimana dia memahami al-Quran dan Sunnah? adakah dia faham secara 'direct'? atau ada orang yang mentafsirkan al-Quran dan al-Sunnah itu? Kalau dia tidak mahir bahasa Arab, macamana dia boleh faham al-Quran dan Sunnah yang ditulis di dalam bahasa Arab?

2) Dari sumber mana dia dapat tahu kata-kata atau fatwa-fatwa sahabat(terutama yang mahir bahasa Arab sebab rujukan semua dalam bahasa tersebut)? Kalau yang tak tahu bahasa Arab, dari mana ye dia dapat kesan pendapat-pendapat para sahabat tu?

Al-Hafiz Ibn Hajar al-'Asqallani -rahimahullah- berkata di dalam 'Fath al-Bari':

إذا تكلم المرء في غير فنه أتى بهذه العجائب

Maknanya: "Apabila seseorang berbicara sesuatu yang bukan bidangnya, maka dia telah mendatangkan perkara-perkara yang ajaib(pelik)."

~ Ustaz Syed Shahridzan

Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top