ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

RIZAB: Kepada Kapitalis

#‎RIZAB‬: kepada kapitalis

RIZAB
apa yang kautahu tentang rizab
selain hendak meratakan tanah
demi maju kemajuan kaubilang
kautahu apa-apa tentang rizab?

kau orang pandai
cuba kaubuka
kamus dewan

RIZAB itu, ialah:
sesuatu yang diperuntukkan
atau disimpan khas bagi
sesuatu tujuan tertentu
pada masa akan datang,
simpanan; hutan ~ hutan simpanan
(yang dikawal); tanah (kawasan)
~ tanah simpanan (yang dikhaskan)
untuk satu-satu tujuan (golongan)
yang tertentu; ~ kerbau lembu kawasan
yang ditentukan oleh kerajaan
hanya untuk ternakan kerbau lembu;
~ Melayu kawasan khas untuk orang Melayu;
merizabkan memasukkan ke dalam
bahagian simpanan, mengkhususkan
(tanah dan lain-lain) untuk sesuatu tujuan;
kerajaan telah ~ sekeping tanah seluas 200 hektar
untuk ternakan kerbau lembu;
kawasan ini telah dirizabkan untuk orang Melayu.

RIZAB
selesai kaubaca makna rizab
apakah kaufaham sejelas-jelasnya
rasanya kau takkan faham juga
yang kautahu dan faham duit sahaja
apa yang kautahu tentang rizab
Tuhan kau duit, kan?

#‎antonim‬ aka Ampuan Awang, pagi 07:58, 1 november 2014

Dihantar melalui peranti BlackBerry milik sementara 'saya' di dunia ®

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top