ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Dedikasi: Selamat Tahun Baharu, Awang! (Muharram 1436 H)

#selamat tahun baharu, Awang!

Awang, tahun baharu berganti lagi,
apakah sudah kaumemandang dirimu,
atau masih sama seperti sebelum ini,
masih setia dengan ulahmu lama,
setia yang tidak menguntungkanmu,
entah kautatap diri dari sudut mana;
hingga kausering terlajak sendiri,
asbab tiada cermin penunjuk laku,
yang membuatkan kaukeliru lagi,
sekejap kaupegang intan sekejap kaca,
entahkan intan itu benar bermutu,
atau sebenarnya kaca di tanganmu?

Awang, hidup di dunia hanya sekali,
sekalian orang tahu perihal itu,
namun lebih kausayang dunia lagi,
banyak benda dunia kauhajatkan,
kaukejar-kejar selalu tanpa jemu,
sementara rohanimu kemiskinan;
kaubangga negaramu bebas kini,
entah bebas apa tak pula kautahu,
tetapi sebenarnya kaumasih tergari,
wahai Allah, lepaskan mudah-mudahan,
moga terlepas gari yang membelenggu,
dan cahaya-Nya berjaya kaudapatkan.

Awang, selamat hidup!

~ Budidarma, 22:22, 22okt2014, menjelang bulan Muharram 1436H

Dihantar melalui peranti BlackBerry milik sementara 'saya' di dunia ®

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top