ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Belasungkawa Buat Seniman Darul Hana, Pak Abdillah S.M

#belasungkawa: al-fatihah buatmu, pak abdillah sm

Tak tahu nak kata apa sebenarnya. Perkenalan kami telah diaturkan oleh Dia Yang Maha Esa, pertemuan atas nama saudara seagama dan sudah pasti kerana sastra yang mana bagiku beliau cukup arif dan amat meminatinya.

Tak tahu nak luah apa sebenarnya. Begini sahaja, Allahyarhamlah yang menjemputku untuk datang membuat persembahan di Astaka, Tebingan Sungai Kuching, bersama-sama penggerak Angkatan Pengkarya Indie (API) dan Suara Marhaen yang diasaskan oleh Allahyarham sendiri.

Tak tahu nak kata apa tapi nak kata juga. Sungguh, Allahyarham banyak memberikan nasihat dan tunjuk ajar secara langsung, juga secara tidak langsung terutama dalam bab jatuh bangun seorang karyawan, bagaimana nasib seorang seniman yang dianaktirikan, seperti P. Ramlee, ujar Allahyarham. Namun aku terlihat nasibnya sendiri.

Tak tahu nak luah apa tapi kena luah juga. Duhai saudaraku, Zacharia Abdul Manan, Yusuf Fansuri, juga Suhana Lina Sarkawi, seorang guru bahasa kita yang baik telah kembali ke pangkuan-Nya. Hanya doa yang baik-baik mengiringi Allahyarham. Benar kata beliau:

"Kehidupan ini adalah sebuah penjara yang indah dan kita bukanlah pesalah yang terhukum."

Dan benar, kata-kata Allahyarham dalam kumpulan puisi Antropologi II, puisi Allahyarham bertajuk 'Nest':

nest

I
tuhanku
terlalu letih aku
terbang kembara
benua ke benua
bagai artic tern
mencari damai
cinta abadi

ii
illahi rabbi
panggillah aku
kembali
istirahat
ke sangkar
rahim
makrifat.

kuching,
21 mac 2008

Allah, doamu dimakbuli. Moga tenang dikau di sana, sentiasa berada dinaungi di kerahmatan ilahi. Allahumma aamiin ya rabbal 'alamin.

Al-fatihah.

Ikhlas daripadaku,

Ampuan Awang, 1609PM, 04 oktober 2014

*foto: dari sebelah kiri gambar — saudara Yusuf Fansuri, Suhana Lina Sarkawi, AKU, Hj. Taufiq, dan Allahyarham sendiri.

Dihantar melalui peranti BlackBerry milik sementara 'saya' di dunia ®

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top