ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Peristiwa Berdarah Tanggal 22 Mei Di Pahang

#peristiwa 22 Mei wajar dikenang

Roslizan (kanan) menunjukkan tapak perkuburan lama yang menempatkan jasad 100 pengikut Mat Kilau dan Tok Gajah ketika menentang tentera British.

KUALA LIPIS - Tarikh 22 Mei wajar dikenang dalam lipatan sejarah negeri Pahang berikutan pada tarikh berkenaan berlaku peristiwa berdarah yang menyebabkan Kampung Budu, Mukim Benta musnah 122 tahun yang lalu.

Penggiat Sejarah Lipis, Komander (B) Roslizan Ahmad Mahidin berkata, ekoran perbalahan sesama sendiri antara pembesar bagi merebut Kampung Budu telah mengakibatkan kampung berkenaan jatuh dengan mudah ke tangan British.

"Tanggal 18 Mei 1892, Kolonel Walker bersama Hugh Clifford telah bertindak sebagai wakil politik bergerak menuju Budu dari Raub.

"Mereka ditemani oleh tiga orang inspektor berbangsa Eropah, dua orang Jemadar dan 150 askar Sikh," katanya di sini, semalam.

Roslizan berkata, ketika sampai di Kampung Budu pada 20 Mei 1892, usaha dilakukan pihak Inggeris memujuk Tok Gajah, Mat Kilau dan pengikutnya untuk berdamai dan menyerah diri.

Menurutnya, bagaimanapun, demi mempertahankan tanah air tercinta, rundingan tersebut tidak dipersetujui oleh Tok Gajah dan pengikutnya.

"Ekoran kegagalan daripada rundingan berkenaan, maka pada tarikh 22 Mei 1892 pihak Inggeris dengan kejamnya telah menyerang dan membakar Kampung Budu hingga menyebabkan banyak rumah penduduk dibakar serta binatang ternakan terkorban.

"Pihak British telah menyerang Kampung Budu dengan menggunakan senjata yang canggih pada masa itu sehingga menyebabkan kira-kira 100 orang Melayu terkorban," katanya.

Roslizan berkata, memandangkan pihak Inggeris mempunyai askar yang ramai, menyebabkan Tok Gajah, Mat Kilau dan pengikutnya telah berundur ke Kampung Empau dan bertempur semula dengan Inggeris di situ.

"Akhirnya mereka terpaksa berundur ke Kampung Racap, Tekeong, Chat sehinggalah ke Tualang Padang. Ada antaranya mereka telah lari bersembunyi ke Bukit Raya.

"Setelah beberapa lama selepas pembinasaan yang dilakukan oleh pihak Inggeris, penduduk asal Kampung Budu kembali semula ke kampung halaman mereka dan mula membangunkan semula kampung tersebut dan sekitarnya," katanya.

Roslizan berkata, perjuangan Tok Gajah, Mat Kilau serta pengikutnya bukan sekadar memperjuangkan tanah air semata-mata, malah turut mempertahankan agama Islam yang suci dari pada dipengaruhi oleh unsur-unsur kafir yang dibawa penjajah.

"Maka wajarlah kita kenang kembali dan memartabatkan para pejuang tulen dengan peristiwa kekejaman Inggeris di Kampung Budu serta kawasan lain," katanya.

#sumber: http://www.sinarharian.com.my/edisi/pahang/peristiwa-22-mei-wajar-dikenang-1.282630

Dihantar melalui peranti BlackBerry milik sementara 'saya' di dunia ®

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top