ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Salam Benua Dariku (Buat SN Dr. Usman Awang)

#Salam Benua Dariku (dedikasi buat SN Dr. Usman Awang)

Dia mencintai saudara seagama
meski berada nun di kejauhan
yang sengaja dipisahkan
oleh pasport visa wilayah
segala macam nama; yang mana
mereka telah dirompak
oleh undang-undang dunia
yang dikuasai fir'aun moden
konconya ada di seantero dunia
yang memegang tubuh pertubuhan
seluruhnya digenggaman tangan

Dia mencintai bangsanya
yang sengaja dipisah-pisahkan
oleh imperialis barat
mendoktrinkan ketidaksamaan
sampai bangsa yang besar
menjadi semakin kecil
sampai bangsa yang majoriti
bertukar menjadi yang minoriti
hasil gagasan imperialis;
bangsanya terikut selingkuh
ramai yang turut jadi oportunis

Dia mencintai bahasanya
ke sana ke mari diperjuangkan
malah pernah keranda diusung
ke tanah perkuburannya parlimen
hanya kerana mahukan hak
yang telah diperuntukkan
istimewa buat bahasa bangsanya
agar tidak diperlekeh atau dipermainkan
atau diperjudi demi kepentingan semata
kerana baginya biar 'seribu bahasa kita bicara,
manakan sama bahasa bonda'

Dia mencintai kemanusiaan rakyat
kebebasan adalah hak
yang harus diperjuangkan
atas kelaliman yang nyata
atas pencerobohan bukan hak
ke atas tanah yang bukan milik mereka
ke atas tanah warisan zaman berzaman;
yang padanya terdapat sejarah
bahawa bangsa ini bukan abdi
bahawa bangsa ini adalah tuan
ya adalah tuan di negara ini!

~ Ampuan Awang, 12APRIL2014

Dihantar melalui peranti BlackBerry milik sementara 'saya' di dunia ®

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top