ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Pejuang Terbilang Pulang Tanpa Didendang

#Pejuang Terbilang Pulang Tanpa Didendang

Pejuang terbilang
tiada perlu didendangkan paluan gendang
tiada perlu dipalu paluan kompang
tiada perlu direntangkan kain rentang
tiada perlu dihamparkan karpet merah nan garang
tiada perlu dihiburkan dengan dayang-dayang berlenggang
tiada perlu disisip-sogokkan emas sekalian wang
tiadalah bermakna bagi dirinya nan KAYA budi cemerlang.

Inilah pejuang
nan kurang didendang
hidup terbuang di rantau orang
hidup tak ubah bagai anak gelandang
budi ditabur - dibalas dengan mencoreng arang
nan mencoreng arang enak duduk senang-lenang
tegak berhidup dengan AMPU sambil mengusap perut nan kenyang
kenyang melahap hasil dari keringatnya orang.

Inilah pejuang
didendang kala ia matang
cukup tempoh hari menjelang
hari nan disambut gilang-gemilang
usai didendang pejuang dipulang;
dipulang kembali ke gagang
menanti pula tahun nan akan datang
semaraknya kasih pejuang
lumpuh di tahun baharu
sepoi angin bertiup membawa pilu
luka di hati pejuang siapalah nan tahu.

~ C. Cintamani a.k.a Ampuan Awang, 2011

Dihantar melalui peranti BlackBerry milik sementara 'saya' di dunia ®

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top