ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Seniman — Menurut Kacamata Shahnon Ahmad

#seniman: dilema antara pembaharuan dan ilmu

"Dalam sebuah negara seperti Malaysia yang mempunyai peradaban dan agama yang sahih, yang mempunyai pengertian bangsa dan negara yang khusus dan yang bercita-cita tinggi untuk memperolehi cita-cita Wawasan 2020, seniman adalah di antara yang penting tetapi seniman itu adalah yang lebih terjurus kepada ciri-ciri dalaman; bukan seniman luaran bak buih yang sekejap timbul dan pada masa yang sama menghilang tak timbul-timbul lagi. Kalau dia itu seorang penyanyi, maka yang disampaikan kepada masyarakat adalah nyanyiannya yang bermakna; bukan tubuhnya. Kalau dia seorang bintang filem, maka yang bermakna ialah lakonannya, daya kesenimanannya di layar perak yang bakal memberi makna kepada bangsa dan negara; bukan menjual tubuhnya kepada orang lain tanpa segan silu. Kalau dia seorang sasterawan, yang ditunggu oleh masyarakat adalah karyanya yang bermakna; bukan kegiatannya dalam persatuan, bukan kerana gambarnya banyak tersiar dalam akhbar dan bukan kerana dia ada janggut panjang atau berpakaian selekeh. Kalau dia seorang pelukis pula, maka yang ditunggu oleh masyarakat adalah hasilnya yang memperlihatkan kecanggihan pemikirannya melalui garisan dan warnanya."

~ Prof. Shahnon Ahmad (SN)

#terima kasih, prof ...

Dihantar melalui peranti BlackBerry milik sementara 'saya' di dunia ®

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top