ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Puisi: MH370 — Malim Ghozali PK

#sebuah puisi kemanusiaan,
terima kasih Pak Malim Ghozali PK

::MH 370::

Bagai terkunci oleh alam
aneh dan termaknakan
tanpa sebarang jejak
atau selamat tinggal
MH 370 sirna dari pandangan dan skrin radar.

Bagai terkunci oleh waktu
lampias dan tak terhurai merenggut nurani manusiawi pakar-pakar mereka berbicara tentang sains dan aeronotik
jarak dan trajektori
sayang semuanya tak berdaya merungkai misteri sebuah pesawat udara
yang ghaib di langit malam.

Ya Allah,
Penguasa segala wilayah khabarkan apa yang telah terjadi ke atas MH 370 kami
dalam ruang terdekat ini.

~ Malim Ghozali PK
12 Mac 14

#ulangan eksklusif ke laman ini atas nama perkongsian yang baik insya-Allah ta'ala ... terima kasih, Pak Malim Ghozali PK.

#A.A

Dihantar melalui peranti BlackBerry milik sementara 'saya' di dunia ®

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top