ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Kalau Aku Menjadi PM — Khalid Salleh

#Kalau aku menjadi PM

Kalau aku menjadi PM
kesemua nama jalan yang ada di Putrajaya ketika ini
akan ku sembunyikan di luar pagar bangunan Parlimen
setidak-tidaknya menjadi tontonan kepada semua ahli parlimen
bahawa bahasa Melayu adalah bahasa nasional atau bahasa kebangsaan
yang ditetapkan oleh perlembagaan Malaysia artikal 152 kurungan (1)

Siapakah Istana Keadilan yang membiarkan Presint atau Kawasan Terkepung
mengepung kedaulatan bahasa kebangsaan di persada Putrajaya
yang sesungguhnya memang gah dan jaya di pintu peradaban
sejarah kedaulatan negara ini
maka ia sangat diimpikan oleh juak-juak kedengkian
yang merasa tidak diberi keadilan
dalam kesinambungan memperkasa kedaulatan seluruh wilayah negara ini

Kalau aku menjadi PM
nilai tambah yang akan ku letakkan di pintu sejarah negara ini
ialah maklumat kebenaran asal usul Melayu
dan rantau wilayah kedaulatannya Gugusan Pulau-Pulau Melayu
yang disebut oleh pelayar dan pengembara dari Eropah The Malay Archepilago
seperti juga pelayar dan pedagang dari China menyebutnya Mo lo yo..

Makna kedua sebutan tersebut adalah kebenaran
nilai ketuanan Melayu terhadap seluruh rantau Melayunya
di mana Semenanjung Tanah Melayu adalah ikon kesaksian
rantau manusia yang sekujur tubuh dan tutur bicaranya adalah Melayu
suhu kemanusiaan atau insaniah keperibadian budaya sopan santun tata tertibnya
menyaksikan siapa pun juga yang titih keturunannya dari bukan Melayu
disepakati dan dipimpin tangannya menjamah santapan sedulang berkongsi sama

Tak terbayangkan sulur keladi menjerat dan melilit umbinya
sotong gurita menyemburkan pewarna hitamnya
kulit mengumpan permukaan untuk dilihat dan diperakukan sebagai isi
ruas bukan bermakna buluh
tapi buluh mengandung ruas guna mengukuhkan
sandaran yang dipercayakan kepadanya

jatidiri Melayu menunduk bukan mintak dipijak
ada ubi ada batas, ada budi ada balas
langit dijunjung bumi dipijak
sepuluh jong berlalu anjing bercawat ekor juga
itulah peribahasa makna keperibadian
kata perumpamaan siapa dan apa di pintu peradaban

ada ragu dan resah yang menganak sungai di telunjuk silang kata
mata dan bibir menyukat siasat tingkah laku yang semakin curang
sempadan luka dan rawan curiga mengundang bayang-bayang kesaksian
anak dikendong lapar kehausan, kera di hutan sihat segar dalam penyusuan

Kalau aku menjadi PM
selamanya tak akan ada nyanyian kumbang bersahutan
dari lubang yang dikorek dan didiaminya
sehingga menyukarkan
lena kita di tengah peraduan

Kalau aku menjadi PM
segalanya akan menjadi santun dan sederhana
kerana bibit kesederhanaan adalah lautan sejagat
yang dipertaruhkan dan diamanahkan oleh
keagungan dan kesederhanaan Yang Maha bijaksana dan Maha sederhana

Kalau aku menjadi PM
tak akan siapa pun memperdulikan aku
kerana aku adalah si Pemikir Masa yang selamanya
menyukat dan membaca tanda-tanda di segenap pintu kehadiran
yang bertandang menitipkan salam
tentang erti kehidupan dan kematian
di sempadan makna ada dan tiada
olehnya ratusan ribu juta manusia tersesat ke pintu jahanam
apabila tidak mengenali dirinya sebenarnya tidak ada
lalu diadakan untuk menyatakan siapa yang sebenarnuya ada
di sebalik setiap keberadaan…

akulah PM – Pemikir Masa yang sebutannya :
wal 'asri, inal insana lafil husri, Ilalazi na amanu waamilu salihati
wata wa saubil haq, wata wa saubil sabri…..Demi masa sesungguhnya
manusia itu benar-benar berada dalam kerugian, kecuali orang-orang beriman
dan mengerjakan amal salih, dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran
dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran….

Sesungguhnya bahasa Melayu itu benar
Bangsa Melayu itu benar
Semenanjung Tanah Melayu itu benar
Gugusan Pulau-Pulau Melayu itu benar
Siapa di antara kita yang berani menafikan kebenaran ini..

~ khalid salleh.
selesai ditulis pada subuh 5 rabiulawal 1435 / 7 januari 2014

#ulangan kembali ke laman ini atas tiket perkongsian hal yang baik, den tampal kek sini sajak 'ni Wak ...

Dihantar melalui peranti BlackBerry milik sementara 'saya' di dunia ®

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top