ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Pasar Pengalaman — T. Alias Taib

#pasar pengalaman

'pisau cukur'

rayunya tajam
rayunya mata pisau berkilau

ditancapnya pisau itu
tepat ke jantung lelaki kota

tipunya tajam
menghiris berahi lelaki

kota ini mengasah pengalamannya
dan pisau berkilat di pinggangnya

'di atas pagar'

dia pemain politik pintar
yang berdiri di atas pagar.
pengalamannya mengajar
berdiri di atas pagar
lebih selamat daripada
berdiri di tanah datar.

dia pemain politik diri
yang tidak mementingkan parti.
pengalamannya mengajar
bermain politik diri
lebih untung daripada
bermain politik parti.

'sumpah-sumpah'

lelaki dengan sumpah-sumpah di mulutnya
pintar bicara, gemar membaca,
dan punya telaga ilmu yang dalam.

lelaki dengan pengalaman di dadanya
sebentar muncul, sebentar hilang,
sukar dipegang bagai bayang-bayang.

seperti sumpah-sumpah di mulutnya
kulit lelaki itu bertukar warna
mengikut latar dan suasana;
kata-katanya bertukar rentak
mengikut penutur di sekeliling.

'ayam'

kumasuki senja hingar di sebuah pasar
disambut ketuk seekor ayam

yang kutemui di sini
di tengah-tengah senja hingar ini
kekosongan lahir
daripada kesombongan

yang ku belajar di sini
di tengah-tengah pasar hingar ini
kesombongan lahi
daripada kekosongan.

~ T. Alias Taib, 09.ii.01
#alfatihah teruntuk arwah ...

Dihantar melalui peranti BlackBerry milik sementara 'saya' di dunia ®

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top