ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Ibunda — Siti Zainon Ismail

#IBUNDA

Kau embun yang menitis
ke urat daun kami
serta bumi pagi basah oleh air mata
cinta dari Langit-Nya
semuanya bersinar dan tumbuh
dalam gerak, langkah
bayang mentari,
kala si kecilku berlari-lari
meredah belukar dan bukit
memetik kembang di taman asuhanmu
yang memberikan sungai susu
menjalur ke muara darah hangatnya
kasih abadi
kerana bahasa cinta
terbit dari lembut jemari bonda
mengasuh kita
hingga bumi mencengkam erat akar kemuliaanmu
dewasa putera puteri oleh kecekalan wanita
bergelar dalam diam
yang tak menuntut apa-apa
berbalaskah budi berzaman
yang merelakan kehidupan duga berpanjangan?

Di mata keredupan rindumu
menunggu kepulangan anak yang hilang
kuhirup kesunyian wanita diam seribu kata
kau tak juga menagih sebarang keinginan
cukup sengsara dan rahsia
bersatu
di mata kemuliaan ibunda
ada selasih kolam kesejahteraan
ada seroja putih kesederhanaan
yang memberikan doa
walau tiada tiang harapan lelaki pujaan
ia tumbuh sekaligus membentuk cinta
kasih sayang abadi
adalah Cinta-Nya
di bibir mulia, Ibunda!

~ Siti Zainon Ismail, Berita Minggu 8NOV1987

#kasih ibu membawa ke syurga, namun kasih ayahanda usah dilupa.
#sekian ulangan kembali ke dalam blog ini, sama-sama kasih.

Dihantar melalui peranti BlackBerry milik sementara 'saya' di dunia ®

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top