ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Racun Orientalis Terhadap Islam

::RACUN orientalis::

"Kaum orientalis sudah berusaha keras dan teratur untuk menjerumuskan agama (Islam) ini. Suatu usaha keras yang keji dan kotor.

Sejak mula mereka menyedari bahawa penyerangan secara terang-terangan terhadap akidah Islam, tidak akan menghasilkan apa-apa, selain getaran jiwa yang akan menyedarkan mereka akan ranjau-ranjau yang akan menghadang mereka, dan ini akan membuat mereka semakin kuat berpegang pada agamanya.

Kerana itulah disusun taktik jahat dan kotor, dengan menyusupkan racun ke dalam madu, mereka memulai langkahnya dengan memuji Islam dan Rasulnya. Memuji keutamaan dan keagungan Islam yang tak terhingga banyaknya, dan di saat si Muslim sudah terbius dengan racunnya dan percaya bahawa mereka tidak akan menerkamnya, sehingga sudah melupakan pertahanan dan kewaspadaan serta kecurigaannya, di saat itulah mereka menaburkan racun ke tengah-tengah pujian dan sanjungan itu. Mereka pun menjadi ragu dengan kebenaran akidahnya. Akibatnya berkembanglah kesalah fahaman baik secara tersembunyi atau terang-terangan."

~ Muhammad Qutb, adik kepada almarhum asy-syahid Sayyid Qutb.

#sekian ulangan ke laman ini, ya realiti yang benar-benar berlaku kini, wahai Allah, peliharalah sekelian kami hamba-hambamu, kekalkan dan matikanlah kami ini dalam Islam. Allahumma aamiin ya rabbal 'alamin.

#AA

Dihantar melalui peranti BlackBerry milik sementara 'saya' di dunia ®

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top