ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Pemandangan Pagi Pilihanraya

::PEMANDANGAN PAGI PILIHANRAYA::

Di langit burung gagak berterbangan
di langit burung gagak
matanya kerling ke bawah
mata-mata nakal.

Para negarawan
para pegawai kerajaan
tutup mulutmu sekarang
kerana pilihan raya untuk rakyat.
Kau seharusnya robot-robot sekarang.
Kerana kau adalah pengancam
mungkin perampas dalam gelap.

Para negarawan
para pegawai kerajaan
jangan berikan isyaratmu.
Kau seharusnya boneka sekarang
kerbau
yang menanti bajak
untuk bekerja satu musim.
Di langit burung gagak berterbangan
matanya kerling ke bawah.
Syaitan-syaitan keluaran
syaitan-syaitan yang bersikap memuja
manusia yang memakai topeng.
Di bumi, kuburan sedang membuat mulut
untuk menelan rakyat yang terpesona.

Rakyat yang kucinta
dalam pilihan raya ini
sekelilingmu sekarang dajal-dajal.
Sedang menggesel-geselkan lidahnya
ke bahumu.
Menggesel-geselkan bibirnya
ke pipimu.
Bumimu sekarang
kuburan-kuburan
yang sedang melayanmu
untuk mengahwinimu.
Bumimu sekarang ialah perkahwinan
yang sedang dipestakan.

Rakyat yang kucinta
antara dajal-dajal, di padang-padang
bunga-bunga mawar sedang berkembangan
sedang pesta-pestaan.
Jangan salah tekaanmu
jangan pula salahkan pilihanmu.

Pilihan raya ini
pisau belati pada awan-gemawan
mahu memotong mulut dan lidahmu sampai putus
agar suaramu tersimpul dalam benak.
Bumi mahu mengahwinimu.

~ As-Suhaimi (Suhaimi Haji Muhammad), 1979

#sekian ulangan (sebuah realiti yang kita saksikan sendiri pada hari ini), sama-sama kasih ...

Dihantar melalui peranti BlackBerry milik sementara 'saya' di dunia ®

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top