ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Isu Kenyataan Bumiputera Muslim — Melayu

::Isu kenyataan Bumiputera Muslim-Melayu::

Melalui provokasi fakta dan perbincangan secara rasional dan emosional dengan masyarakat awam dan ahli-ahli akademik di laman sosial FB berhubung Isu agama-kaum yang dilontarkan oleh Mufti Sabah, berikut beberapa intipati penting yang dapat saya utarakan

1. Bagi yang berfikiran rasional, mereka tetap meletakkan keyakinan penuh bahawa Mufti mempunyai niat yang baik sebagai ketua agama di Sabah dalam menyampaikan syiar Islam.

2. Mufti hanya mengutarakan cadangan yang beliau fikirkan baik sebagai hamba Allah yang inginkan kebaikan bukan sahaja buat masa sekarang tetapi juga untuk generasi akan datang. Cadangan ini juga mungkin didorong oleh kekangan-kekangan yang dihadapi dalam melaksanakan tugas sebagai Mufti. Sebagai hamba Allah, cadangan beliau tidak semestinya salah dan tidak semestinya betul kerana setiap cadangan mempunyai kekangan kesesuaian masa dan tempat. Sebagai manusia beliau juga tidak terlepas daripada melakukan kesilapan. Dalam hal ini, Mufti lebih mengetahui kerana apa yang telah dibincangkan hanyalah berlandaskan kepada keratan akhbar dan tafsiran-tafsiran logik dan emosi masyarakat.

3. Jika dilihat dari sudut menyampaikan syiar Islam dengan merujuk kepada beberapa kes-kes yang berlaku dan diceritakan, perkara-perkara asas yang mesti dipertimbangkan apabila menyentuh soal suku kaum dan agama di Sabah adalah;

(i). Kekangan dalam perlaksanaan peraturan dan hukum syariah khusus bagi yang beragama di Sabah. Oleh itu, kaedah penyelesaian baru perlu dicari tanpa melibatkan isu kaum. Sebarang cadangan yang boleh dikemukakan.

(ii). Isu mengembangkan syiar Islam khususnya kepada suku kaum yang mempunyai pegangan agama yang berbeza-beza. Perubahan dua perkara asas (agama dan suku kaum) akan lebih menyukarkan dalam tugas mengembangkan syiar Islam.

(iii). Bagi suku kaum yang secara prinsipnya dikaitkan dengan beragama Islam misalnya Brunei, Bisaya, Bajau dan lain-lain, rata-rata mereka menolak cadangan mufti dengan memberi alasan "agama dan kaum adalah dua perkara yang berbeza". Dalam hubungan agama-kaum, rasanya Mufti lebih arif untuk menerangkannya. Bagaimanapun, berdasarkan pandangan majoriti penolakan ini adalah disebabkan oleh perasaan fanatik terhadap suku kaum masing-masing.

"Janganlah kita berpecah-belah hanya kerana keturunan kita. Kita sepatutnya sama-sama memikirkan jalan terbaik untuk penyatuan ummah".

~ Ir. Dr. Rosalam Sarbatly,
Beaufort, Sabah, 02/10/2013

P/S: Dr. Rosalam Sarbatly merupakan seorang pakar dan penyelidik utama teknologi nano, kini bertugas di Universiti Malaysia Sabah (UMS).

#sekian ulangan kembali untuk dikongsikan bersama — sama-sama kasih.

Dihantar melalui peranti BlackBerry milik sementara 'saya' di dunia ®

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top