ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Apakah Dia Aqidah Sab'iyyah?

::APAKAH dia aqidah Sab'iyyah?::

Abu Mansur al-Baghdadi berkata:

"BAHAWA aqidah Sab'iyyah (pengikut-pengikut Abdullah bin Saba') mengatakan Ali karamallahu wajhahu tidak dibunuh, tetapi diangkat ke langit sepertimana Isa bin Maryam diangkat merupakan aqidah yang sesat berpunca pada asalnya daripada pemikiran Abdullah bin Saba' al-Yahudi. Kemudian fahaman itu disebarkannya di kalangan rakan-rakannya. Maka dengan itu mereka telah mendakwa:

"Sesungguhnya orang yang dibunuh itu bukanlah Ali tetapi adalah syaitan yang digambarkan di hadapan manusia dengan rupa Ali, dan bahawa sesungguhnya Ali telah pun diangkat ke langit sepertimana Isa bin Maryam diangkat ke sana."

Dia berkata lagi:

"Sepertimana golongan Yahudi dan Nasrani mendakwa Isa telah dibunuh, seperti itulah juga golongan nawasib (golongan yang membenci Ali) dan khawarij mendakwa Ali telah dibunuh. Orang-orang Yahudi dan Nasrani melihat seorang yang mati disalib sama seperti Isa, seperti itu juga mereka yang melihat bahawa yang dibunuh itu menyerupai Ali, oleh itu mereka bahawa dialah Ali, sedangkan Ali telah pun diangkat ke langit dan akan turun ke bumi untuk membalas dengan terhadap musuh-musuhnya."

~ Abu Mansur al-Baghdadi, pengarang kitab 'al-Firaq bainal Firaq' (...)

Kalian kenal siapa Abdullah bin Saba'? Hoh hoh hoh, janganlah pula buat-buat lupa — pengikutnya ramai di negeri ini.

#sekian makluman, sama-sama kasih.

#A.A

Dihantar melalui peranti BlackBerry milik sementara 'saya' di dunia ®

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top