ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Dasar Dakwah Asy Syahid Hasan Al-Banna

::ADA PUN dasar-dasar dakwah asy syahid Hasan al-Banna adalah seperti berikut ...

1. Perpaduan ummah mesti dikekalkan;

2. Kesemua kumpulan perlu sepakat dalam perkara-perkara dasar Islam;

3. Kata-kata Imam Syafi'e yang ini perlu menjadi dasar:

"Setiap kali saya bertikam lidah dengan seseorang, saya sentiasa berharap agar Allah menjelaskan kebenaran melalui lidah lawan saya itu.";

4. Tujukan segala saranan yang baik kepada orang lain dan tujukan segala kesilapan kepada diri sendiri;

5. Orang lain perlu dihormati ketika berlaku perbezaan pendapat;

6. Sebarang perbalahan perlu dielakkan;

7. Perlulah diingat bahawa usaha yang baik itu boleh berbeza-beza (caranya);

8. Sebarang persefahaman harus menghasilkan kerjasama. Dalam sebarang perselisihan, kita hendaklah menganggap pihak yang satu lagi itu berkemungkinan melakukan kesilapan;

9. Perlu bersatu ketika menentang musuh bersama;

10. Ruang lingkup tindakan perlu diperluaskan;

11. Perlu ada rasa belas kasihan dan sedih kepada orang yang menyimpang dari jalan kebenaran. Janganlah dia dikecam dan disindir.

Demikian kesebelasan dasar-dasar dakwah yang ditekankan oleh asy syahid Hasan al-Banna. Namun apa yang berlaku? Keterbalikan. Masing-masing bertindak merosakkan jarum kompas sehingga kompas tidak mampu menunjuk arah. Aduhai ...

#sekian sama-sama kasih

rujukan: perihal asy syahid Hasan al-Banna

Dihantar melalui peranti BlackBerry milik sementara 'saya' di dunia ®

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top