ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Apakah Milik Kita (Yang Kita Perasan Kita Punya)

///APAKAH milik kita? (yang kita perasan kita punya)

i. Sawah kita yang punya
padi jadi hak orang
padi di kepuk kita
berasnya diambil orang
nasi di pinggan kita
kenapa dimakan orang

ii. Laut di negeri kita
bot dimiliki orang
pukat kita yang punya
ikan pulak disesah orang
pengkalan kita yang bina
tapi menjadi laluan orang

iii. Dusun di kebun kita
tanahnya milik orang
benih kita yang tanam
buahnya dikebas orang
hutan kita yang tebang
kenapa dangau dipunyai orang?

iv. Telaga di laman kita
timbanya dimiliki orang
kita jenuh gali telaga
airnya menjadi hak orang
kenapa yang elok dapat kat orang
yang teruk dapat kat kita
kenapa hak orang tak kena ke kita
hak kita pun tak dapat ke kita

v. Lantas kalau nak pujuk hati kita
kenalah insaf bahawa segalanya
bukanlah hak mutlak sesiapa jua
kerana dunia ini sebenarnya
adalah persinggahan sementara
menjalani ujian Allah Yang Maha Esa!

~ Azim, Dejavu 1998

#maka, yang mana satu daripada nikmat Tuhan hendak kita dustakan? dan yang terpaling penting, mana satu 'barang' di atas ini dunia kita punya?

#sekian sama-sama kasih.

Dihantar melalui peranti BlackBerry milik sementara 'saya' di dunia ®

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top