ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Dari Kelas ABS — Perihal Rakan Kongsi

Dari kelas ABS

Hubungan sesama rakan-kongsi ..­.

Semasa kita baru sahaja memulakan operasi syarikat, lazimnya kita belum mempunyai staff. Kita dan rakan-rakan kongsi kita sama-sama bekerja sebagai staf syarikat.

Apabila kita adalah pemegang saham majoriti, lazimnya kita juga berkuasa melantik diri kita menjadi Chairman syarikat.

Biasa sahaja berlaku, rakan-rakan kongsi yang memegang saham minoriti tidak seronok bekerja dengan kita. Ini kerana kita bersikap sebagai boss, dan kita layan mereka sebagai orang bawahan kita.

Sebagai pemegang saham majoriti dan Chairman, kita cenderung menentukan kerja-kerja rakan-kongsi minoriti.

Sebagai boss, kita mengeluarkan arahan, kita juga menyuruh-arah rakan-rakan kongsi kita. Kita juga bertanyakan dan meminta laporan kerja dari mereka.

Sikap kita yang mengeboss-ngebo­ss terhadap rakan-rakan kongsi kita sendiri adalah sikap yang tidak betul.

Meskipun saham mereka adalah kecil, status mereka tetap rakan-kongsi kita. Mereka bukan orang bawahan kita.

~ Pn. Ainon Mohd a.k.a Puan yang kaya

#diulang kembali secara eksklusif ke laman ini sebagai perkongsian mesra alamaya, sekian sama-sama kasih.

Dihantar melalui peranti BlackBerry milik sementara 'saya' di dunia ®

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top