ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Dari Kelas ABS — Perihal Menjual Gaya Nabi

Dari kelas ABS

Menjual gaya Nabi....

1. Tidak boleh terlalu memuji-muji barang kita.
2. Tidak boleh memburuk-buruk barang orang lain.
3. Tidak boleh menekan emosi pembeli.
4. Tidak boleh memutar-belit pembeli.
5. Tidak boleh memaksa.
6. Tidak boleh berdusta.
7. Tidak boleh mengucapkan jaminan palsu.
8. Tidak boleh memberi maklumat salah tentang barang kita.
9. Tidak boleh menjual barang yang tidak diperlukan oleh pembeli.
10. Tidak boleh menyembunyikan maklumat negatif tentang barang kita.

~ Pn. Ainon Mohd (Mastermind PTS)

Demikian ini balasan saya (berdasarkan apa yang telah tercatat seperti di atas),

///Puan yang kaya, adapun perkara yang sering berlaku adalah sebaliknya, iaitu:

1. Mereka terlalu memuji-muji barang jualan sendiri.
2. Mereka gemar memburuk-buruk barang orang lain.
3. Mereka suka menekan emosi pembeli.
4. Mereka suka memutar-belit pembeli.
5. Mereka kerap memaksa.
6. Mereka sering berdusta.
7. Mereka acap kali mengucapkan jaminan palsu.
8. Mereka selalu memberi maklumat salah tentang barang yang mereka jual.
9. Mereka suka menjual barang yang tidak diperlukan oleh pembeli.
10. Mereka cuba menyembunyikan maklumat negatif tentang barang daripada pembeli.

Puan yang kaya, sungguhlah kasihan dan malangnya mereka itu.

Wallahu Ta'ala 'Alam

#Adapun kemaskini kali ini melangkau jauh, entah kenapa, barangkali saya tertarik dengan isinya, maka saya dahulukannya. Seperti biasa, siri 'Dari Kelas ABS' dibawakan secara eksklusif ke dalam blook ini tanpa sebarang prejudis. Dan ia dilakukan tanpa sebarang diskriminasi atau sebarang niat yang tidak elok melainkan sebuah niat perkongsian ilmu yang sarat dengan nilai, baik di dunia mahupun akhirat, insya-Allah ta'ala.

Sekian sama-sama kasih.

Dihantar melalui peranti BlackBerry milik sementara 'saya' di dunia ®

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top