ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Nasib Pejuang dan Penindas

///Nasib Pejuang dan Penindas

Selalu kejadian, golongan yang diberi Tuhan kelebihan daripada saudaranya sesama manusia, memegang kekuasaan di dalam negeri. Setelah telapaknya teguh di dalam memegang kekuasaan itu, dia telah melakukan kezaliman dan sewenang-wenang di atas bumi Allah. Dia menghimpit menindas sesama dan menumpahkan darah. Maka berusahalah golongan tertindas tadi melepaskan diri daripada himpitan itu.

Usaha melepaskan diri kadang-kadang memakan tempoh yang lama, berpuluh-puluh tahun. Mulanya penindasan itu diterima saja dengan sabar oleh penduduk. Dipandang sebagai suatu takdir atau azab Allah yang tidak dapat dielakkan. Kerana penindasan itu tiada tertahan lagi, maka timbullah manusia yang berani menyatakan fikirannya dan mencela tiap-tiap perbuatan yang tiada adil, atau hendak meminta perubahan yang baru.

Maka sangatlah murka pihak kekuasaan kepadanya, dia dituduh hendak mengembangkan kekuasaan, hendak mengacau aturan yang telah lazim, hendak mengubah adat lama pusaka usang. Bukan saja pihak berkuasa amat marah kepadanya, rakyat yang hendak ditolong itu sendiri, rakyat yang hendak dilepaskan dari belenggu, menuduhnya pula sebagai pengacau, pengganggu keamanan.

~ Haji Abdul Malik Karim Amrullah

#sekian sama-sama kasih

Dihantar melalui peranti BlackBerry milik sementara 'saya' di dunia ®

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top