ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Kelas ABS: Psikologi Orang Miskin A — B

///Dari kelas ABS

Psikologi orang miskin dan hutang bisnes....

Meskipun kita lulus universiti, emosi dan psikologi kita adalah emosi dan psikologi 'orang miskin'.

Kita orang Melayu bukan anak-anak orang jutawan. Kita dibesarkan dalam keluarga-keluar­ga petani, nelayan, dan orang kerja kerajaan.

Kita tidak mempunyai pengalaman nampak bagaimana ibu bapa kita bercakap tentang, bermain dengan, dan menguruskan duit tunai, membayar gaji, komisen, hutang berjuta-juta.

Kita tidak pernah mempunyai duit tunai lebih daripada beberapa ribu ringgit sahaja dalam tangan kita.

Kita tidak pernah mempunyai kuasa-beli lebih daripada gaji kita.

Tiba-tiba si miskin menjadi orang kaya dalam sekelip mata!

Si miskin A itu menerima cek duit tunai selepuk dari MARA ataupun bank, hasil kerja-kerja mengisi borang dan menyediakan kertas projek bisnes.

Sekarang si miskin A sudah mampu merealisasikan keinginan-keing­inan terpendamnya selama ini -- Dia pun terus menempah tiket ke Bora Bora!

Si miskin B itu mendapat kontrak berjuta-juta! Dia menjadi jutawan dalam sekelip mata, hasil dia pandai berkawan dengan, dan merasuah individu-indivi­du berkuasa.

Sekarang si miskin B mampu merealisasikan keinginan-keing­inan terpendamnya selama ini -- Dia pun terus ke showroom Auto Bavaria!

~ Pn. Ainon Mohd

#sungguh menarik, puan
sekian sama-sama kasih

Dihantar melalui peranti BlackBerry milik sementara 'saya' di dunia ®

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top