ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Dari Kelas ABS — Perihal Bakat

Dari kelas ABS (Ainon Business School)

Tentang bakat semula jadi....
Tentang bakat kerjaya....
Tentang bakat bisnes....

Yang dikatakan 'bakat bisnes' itu tidak sama dengan 'bakat kerjaya'.

Contoh:

+ Penyanyi mempunyai bakat semulajadi menyanyi.

Penyanyi yang berjaya menjadi penghibur popular adalah seorang yang mempunyai bakat kerjaya dalam dunia hiburan.

Tetapi, apabila si penyanyi membuka bisnes kelab malam, kelabnya gagal. Si penyanyi tidak memiliki bakat bisnes dalam industri hiburan.

+ Seorang yang cekap menjalankan tugas sebagai pengurus jabatan sales di sebuah syarikat pengeluar cat adalah seorang yang memiliki bakat kerjaya.

Apabila si pengurus membuka bisnes kilang catnya, dia belum tentu berjaya.

+ Seorang jurutera yang cekap menjadi pengarah projek pembinaan jambatan gantung adalah seorang yang memiliki bakat kerjaya.

Apabila si jurutera membuka bisnes kontraktor kejuruteraan awam, dia belum tentu berjaya.

Biasa kita tengok individu yang memiliki bakat kerjaya yang sangat tinggi, apabila mereka membuka bisnes dalam bidang kerjayanya sendiri, bisnesnya kurang berjaya, malah mungkin gagal.

Di sinilah pentingnya kita belajar skill berniaga dengan rakan-rakan kongsi.

Skill berniaga dengan rakan-kongsi adalah skill yang amat kritikal peranannya dalam kejayaan bisnes.

Skill ini tidak diajarkan dalam kursus-kursus keusahawanan.

Nota: Sekolah mengajarkan skill bersaing dengan mengadakan pelbagai acara pertandingan dan perlawanan. Pelajar sekolah diajar bahawa jika mereka mahu berjaya mendapat No. 1, mereka mesti belajar mengalahkan kawan-kawan mereka sendiri!

~ Pn. Ainon Mohd

///MENJADI ahli Secret Group ABS (Ainon Business School)? Misi Pn. Ainon kita kini tidak sekadar memandaikan bangsa, tetapi mahu mengayakan bangsa pula. Tahniah, puan! Ingin menjadi ahli Secret Group ABS? Sila rujuk foto di atas.

#dibawakan khas ke dalam blook ini secara eksklusif. sekian sama-sama kasih

~ AA

Dihantar melalui peranti BlackBerry milik sementara 'saya' di dunia ®

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top