ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

The Missing Entry: Singapura Dilanggar Tee

///THE MISSING ENTRY - 'Singapura Dilanggar T'
 
selesai nonton AIFFA, langsung di layar gergasi, tercekik rasa tekak minum kopi pahit tanpa gula, kami bersesak nak pulang. orang ramai seperti berlumba-lumba  berjalan ke kereta masing-masing yang dipakir di sana, well 99% adalah rakan sekolah, rakan sekampung, rakan seuniversiti, rakan semandian sungai, rakan seperkhidmatan awam dan mutakhir ini kami adalah pesara. tapi kenapa kami bagaikan berjanji bertemu di sini.
 
syukran jazilan. dapatlah aku bersalam, bertemu tanya dengan rakan-rakan yang sudah lama tak kutemui. sempat aku bershakehand, maaf dzahir n bathin. siapalah dapat agak, siang atau malam. terjadi 'mabuk rebung mabuk paku' seperti perumpamaan kami orang melayu sarawak kalau di kuching. adil juga rasanya quote perumpamaan ini kerana AIFFA berlangsung di bandaranya kuching, sarawak, borneo, malaysia. maksud perumpamaan itu tadi ialah sesuatu yang pasti terjadi tapi terjadi pada waktu yang tidak pasti, tidak dapat dijangka-jangka. peristiwa sakit dan kematian itulah yang dirujuk kalau perumpamaan itu.
 
AIFFA rupanya menemukan kami, sungguh kalau kami bukanlah dalam bidang pewayangan jauh sekali kepawangan. you must have the magic to do that. what's the magic? something up there. teringat kawan itu tunjuk kepalanya seperti jamesbond menghala muncung pistol ke jidatnya sendiri.
 
dalam sesak itu aku tertoleh, barangkali awang. memang suara awang. aku masih kenal suara itu. sekalipun dalam gelap jalan ke tempat letak kereta aku pasti suara itu keluar dari mulut siapa, terlontar dari tekak siapa, disembur lidah siapa. tapi aku mulanya tikam-tikam tuju je, ragu juga takut almaklum suara burung spesis sama memang bunyi senada.
 
'asalamualaikum, dapat juak kita betemu. rupanya masih idup agik kau.' itulah sapaan kawan semandian sungaiku. dalam gelap kuagak barangkali dia sudah banyak gugur gigi. semakin hampir dengan orangnya aku dapat dengar banyak perubahan berlaku dalam mukhraj caranya. baharu yang berubah-ubah.

'aok, aku tok, kau sihat?' tanyaku berbasa basi, 'yalah tadi sik sangka dengar suara memanglah kamu, tapi…,' belum selesai ayat aku.

'tapi apa?' dia bertanya cepat sekali.

'minta maaf ngan kau, yalah tek nok nama berita bukan boleh pecaya gilak.' aku beralasan.

' ooooh, berita aku mati kah? kau tok lambat gilak. dah idup balit aku tok,' ceria suaranya dalam gelap,

'nok mati ya bini aku.' akupun teringat. barangkali aku salah dengar. awang n dayang. hujung itu sama ang/ang; wang/yang. eh, telinga aku memang dah uzur juga sekarang.
 
aku tertangkap perbualan mereka yang berjalan di depan kami. sangat jelas percakapan mereka. memang sangat ketara lantunan vokal itu, kalau yang bercakap itu memanglah si kasam. ah, budak bangsawan itu. kawan juga kami tapi tak rapat sangat bukan kerana dia berkulit hitam. ampun-ampun sejak kecil lagi aku bukan rasis! aku tak rapat dengan dia sebab dia sangat suka bermuka-muka. itulah saja keburukannya yang dulu pernah kualami sendiri dikenanya.

'aku sik setuju nar ngan AIFFA tok. filim mahal-mahal langsung sik disebut. jangan kata hadiah juri, sagu hatipun sikda. kita bukan urang miskin. dak nya sik tauk berapa juta rega filim ya?' kata suara yang kukenal suara kasam.

'mun kau, sik boh nok pelik. aku nanggar filim ya nang waktunya dirilis. ne ada masa ngantar pake liat sidak juri AIFFA.' jawab suara seorang perempuan. entah suara siapa tapi macam pernah dengar. orang yang bercakap itu mestilah lebih tua daripada kasam. sekarang aku ingat. memang suara kak tuyah. eee berani dia berjalan malam hari begini. tapi suami dia memang dah lama pergi. bebaslah dia sekarang dari cengkaman asmara dana.

'sayang crita ya bah.' suara kasam.

'tau aku.' suara tuyah.

'nang sik pande nilai, ndk!' suara kasam.

'kau sikboh nok bodo.' suara tuyah.

'aku bukan bodo, kak.' suara kasam.

nah. sah perempuan ya kakak, tua. sangat streofonik, sesekali
surround vokal dia orang. kualiti suara malam. dalam gelap imaginasi
sangat berkuasa dan menjajah n mempengaruhi minda kita.

'ok crita ne sigik kata kau tok?' suara kakak.

'aih. nok ne agik? ada berapa igik?' suara kasam.

'kau ngkali gila ndak. nok akhir yalah bah!' suara kakak.

'singapura di langgar e - ti'. suara kasam.

'kena kau sik pande nyebut 'todak' lagi kaaaaaah?' suara kakak.

'mali, kak. malam jak ari cam tok. ada kita tok kelak.' suara kasam.

'klah. faham aku barang ya.' suara kakak.

Oleh: Abdillah SM, Sarawak, Malaysia.

#sa-buah tulisan yang menarik di facebook — diulang kembali ke blog, sekian sama-sama kasih.

Dihantar melalui peranti BlackBerry milik sementara 'saya' di dunia ®

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top