ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Tahukah Anda: Pattani Kini Bukan Lagi Jajahan Siam (Thailand)

Tahukah Anda?

Perjanjian Bangkok atau Perjanjian Inggeris-Siam 1909 telah pun tamat pada tahun 2009 yang lalu iaitu bersamaan genapnya 100 tahun perjanjian tersebut.

Bererti Pattani bukan lagi satu daerah di bawah jajahan takluk Siam atau Thailand sekarang ini. Raja Bhumibol harus memberi kebebasan penuh kepada Pattani sama ada ia hendak memerintah sendiri atau hendak bernaung ke bawah Tanah Melayu.

Ini adalah logo kerajaan Melayu-Islam Pattani yang telah pun di rangka pada sekitar 2009 yang lalu. Ia telah di tandatangani dan dipersetujui oleh semua ketua-ketua tertinggi Komiti Pembebasan Pattani.

Iaitu antaranya yang terkait adalah Pattani United Liberation Organization (PULO), Barisan Revolusi Nasional-Kongresp (BRN-K), Barisan Pembebasan Pattani (BPP), Barisan Ulama Pattani (BUP) dan juga Gerakan Mujahidin Pattani.

Tetapi yang menjadi persoalan disini, mengapakah segala usaha dan gerak kerja yang siap dengan perlembagaan dan segala macam adat istiadat kebesaran sesebuah kerajaan itu tidak berjaya utk di masyhurkan? Setelah lebih 3 tahun perjanjian itu tamat dan telah termetrainya persetujuan bersama antara para perjuang ini untuk membina kembali sebuah gagasan empayar yang hilang....

Persoalan disini, mengapakah Raja Bhumibol masih tidak melepaskan Pattani dan mengapakah kerajaan Malaysia atau Majlis Raja-Raja Melayu tiada satu pun yang menyuarakan tuntutan kembali ke atas Pattani...??

WAllahuTa'ala A'lam.

Nasrum Mina ALLAH Wa Fathun Qariib.

~ Brado Kapak

///DEMIKIANLAH alkisahnya ... Allah selamatkan hendaknya para pejuang Pattani Darul Islam daripada segala musibah, bala bencana dan segala marabahaya. Allahumma Aamiin Ya Rabbal 'Alamin

#sekian sama-sama kasih

Dihantar melalui peranti BlackBerry milik sementara 'saya' di dunia ®

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top