ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Kerajaan Patani Darussalam

///PATANI DARUSSALAM (DAR AL-ISLAM)

PELBAGAI usaha telah dilakukan demi melihat bangsa Melayu Patani berjaya mencapai kebebasan dan kemerdekaan daripada kerajaan Thailand, namun segalanya masih samar. Kini genap sekurun sebaik saja termeterainya Perjanjian Bangkok 1909 dan berakhir pada tahun 2009. Persoalannya, perjanjian apa lagi yang akan ditandatangani selepas ini?

Terbelakah nasib almarhum Hj. Sulung al-Fattani yang dilaporkan hilang bersama-sama anak lelakinya selepas dipenjarakan selama dua (2) tahun iaitu pada Januari 1948 (tangkap dan sumbat masuk ke dalam penjara) hingga 1952 (pembebasan dan terus hilang tanpa dikesan)?

Timbul lagi persoalan lain, bagaimana pula dengan nasib sekelian rakyat Patani terutama sekali buat para pejuang yang tidak pernah berputus harap menuntut supaya Patani diberi saja hak-hak autonomi — agama — bahasa dan budaya sebagaimana yang pernah dituntut oleh almarhum Hj. Sulung al-Fattani, usai almarhum berjaya membentuk "Patani People's Movement"? Bagaimana pula dengan nasib ...

1. Barisan Nasional Pembebasan Patani (BNPP)?
2. Barisan Revolusi Nasional (BRN)?
3. Patani United Liberation Organization (PULO)?

... terbelakah nasib sekelian mereka?

Oh Lang-ya-shiu: betapa selama penduduk negeri memilih bertuhankan Allah SWT — maka dugaan berupa ujian ditimpakan sehingga menyebabkan berlakunya pertumpahan darah yang demikian banyak. Bersabarlah kerana Allah tidak pernah berenggang jarak dengan orang-orang yang sabar dalam menempuh badai gelombang kehidupan.

Wahai Allah, bantulah kami
Wahai Allah, bantulah kami
Wahai Allah, bantulah kami
Wahai Allah, kabulkanlah segala doa kami!

Allahumma Aamiin Ya Rabbal 'Alamin!

~ Ali Benghazi

Dihantar melalui peranti BlackBerry milik sementara 'saya' di dunia ®

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top