ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Sultan Alimuddin I (menjual segala hak di Borneo)

::kurang lebih beginilah::

APABILA Sultan Bantilan Muhammad Mu'izzaddin berundur ke Parang, peluang Alexandra Dalyrample untuk mendapatkan kuasa dari Sultan Alimuddin I adalah terbuka luas. Akhirnya sesudah berlaku perundingan yang berterusan satu perjanjian di antara Sultan Alimuddin I dengan Alexandra Dalyrample pun ditandatangani pada 28 SEPTEMBER 1764.

Dalam perjanjian itu Sultan Alimuddin mengakui telah menjual SEGALA haknya di Borneo termasuk Terusan Abai dan Kimanis, kepada Syarikat Hindia Timur British. Dalam perjanjian itu disebutkan juga bahawa Syarikat Hindia Timur British adalah berkuasa ke atas Balambangan.

Setelah perjanjian itu diketahui oleh Sultan Omar Ali Saifuddin I, baginda sangat murka kerana daerah yang diserahkan itu bukan hak Suluk terutama daerah-daerah di Pulau Borneo seperti Terusan Abai dan Kimanis. Sultan Omar Ali Saifuddin I menitahkan satu angkatan diketuai oleh Pehin Orang Kaya Di-Gadong Seri Lela Awang Liwaddin melanggar Manila.

Sekian sama-sama kasih

#sumber rujukan: Tirsilah Brunei II (hasil risikan S.S)
#foto: sumber ehsan google

Dihantar melalui peranti BlackBerry milik sementara 'saya' di dunia ®

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top