ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Sembang Dewan Rakyat: Pencabulan Bahasa?

///PENCABULAN bahasa? Siapakah dia pencabul itu? Ikutilah 'madah' nan indah ini dari Dewan Rakyat Parlimen Ke-12 Penggal Ke-5 Mesyuarat Ke-3.

Datuk Mohd Nasir Ibrahim Fikri [Kuala Nerus]:

"minta Menteri Pelajaran menyatakan apakah kerajaan berhasrat untuk meletakkan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) ke arah memantapkan lagi fungsi DBP dalam menangani masalah pencabulan Bahasa Melayu."

Timbalan Menteri Pelajaran II [Dr. Haji Mohd. Puad bin Zarkashi]:

"Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, buat masa ini Dewan Bahasa dan Pustaka sesuai kekal di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia kerana kerajaan menyedari usaha memartabatkan bahasa kebangsaan harus bermula daripada sistem pendidikan. Bagi menangani masalah pencabulan bahasa, kerajaan telah menubuhkan Jawatankuasa Pelaksana Bahasa Kebangsaan yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin, Timbalan Perdana Menteri.

Jawatankuasa ini bertanggungjawab memantau program yang berkaitan dengan bahasa kebangsaan dan mengemukakan syor kepada kerajaan untuk memartabatkan bahasa Melayu dalam semua bidang dengan tumpuan utamanya adalah perkhidmatan awam, tempat awam, perdagangan, kewangan dan penyiaran. Salah satu program yang dilaksanakan di bawah jawatankuasa ini adalah audit bahasa yang bertujuan untuk membantu jabatan atau agensi mengenal pasti tahap dan kualiti penggunaan bahasa kebangsaan supaya boleh ditingkatkan dari semasa ke semasa dan audit bahasa ini sudah pun berjalan sekarang ini Tuan Yang di-Pertua.

Kerajaan juga melaksanakan Bulan Bahasa Kebangsaan setiap tahun sebagai satu agenda nasional yang digerakkan secara besar-besaran dan meluas di seluruh negara untuk memperkukuh keyakinan masyarakat pelbagai kaum terhadap keupayaan dan potensi bahasa kebangsaan sebagai bahasa ilmu, bahasa komunikasi dan sosial dan juga bahasa perpaduan selaras dengan konsep 1Malaysia. Selain itu Dewan Bahasa dan Pustaka terus meningkatkan kerjasama dengan pihak berkuasa tempatan bagi memastikan bahasa kebangsaan yang baik dan betul dipaparkan di tempat awam. Pengiklan diminta mendapatkan pengesahan bahasa yang digunakan pada papan iklan sebelum lesen mempamerkan iklan dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan.

Dari semasa ke semasa, Dewan Bahasa dan Pustaka juga melaksanakan pemantauan dan membuat teguran kepada pihak yang tidak menggunakan bahasa kebangsaan ataupun melakukan kesalahan bahasa. Namun demikian, tugas penting ini tidak seharusnya diletakkan di bahu kerajaan sahaja, khususnya Dewan Bahasa dan Pustaka tetapi perlu dipikul oleh semua rakyat Malaysia. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua."

Datuk Mohd Nasir Ibrahim Fikri [Kuala Nerus]:

"Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, apakah terdapat sebarang cadangan dalam menangani atau dalam penguatkuasaan undang-undang bagi menunjukkan ketegasan kerajaan dalam menangani isu pencabulan bahasa dan bahasa rojak bagi mendaulatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan terutama di media-media elektronik dan juga media maya yang digunakan sebagai medium utama terutama bagi golongan muda masa kini, terima kasih."

Timbalan Menteri Pelajaran II [Dr. Haji Mohd. Puad bin Zarkashi]:

"Terima kasih Yang Berhormat. Seperti mana yang saya nyatakan tadi bahawa Dewan Bahasa dan Pustaka memang bergiat aktif dalam usaha untuk memantau penggunaan bahasa-bahasa yang tepat, yang betul dan menegur pihak yang menggunakan bahasa yang tidak tepat ataupun bahasa rojak terutamanya di media elektronik ini. Sebab itu pada saya bahawa tanggungjawab ini harus dipikul bersama.

Walaupun Dewan Bahasa dan Pustaka tidak mempunyai penguatkuasaan tetapi pada kita yang lebih penting ialah dalam soal mendidik dan sebab itu di Kementerian Pelajaran melalui MBMMBI kita berusaha dari peringkat sekolah lagi untuk memastikan anak-anak kita menggunakan bahasa yang tepat. Bahkan seperti mana yang saya maklumkan tadi bahawa jawatankuasa ini dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri juga kita berusaha sekarang ini untuk memastikan penggunaan bahasa kebangsaan yang menyeluruh di peringkat perkhidmatan awam.

Sebab itu jawatankuasa kecil pelaksanaan bahasa kebangsaan sektor perkhidmatan awam telah pun ditubuhkan dan bermesyuarat setiap bulan pada hari Jumaat di penghujung bulan itu. kita sudah pun mengeluarkan pekeliling sebenarnya mengenai pelaksanaan bahasa kebangsaan di sektor awam termasuk dalam mesyuarat-mesyuarat, dalam dokumen-dokumen surat-menyurat ataupun perjanjian antarabangsa pun. Kita sudah cukup jelas dengan pekeliling ini, terima kasih."

///watak-watak yang bercakap dan yang dikaitkan:

1. Yang Berhormat 'Kuala Nerus'.
2. Timbalan Menteri Pendidikan.
3. Timbalan Perdana Menteri.
4. Perdana Menteri.

antara yang diisukan di sini soal 'pencabulan' bahasa, bagaimana pula dengan

"1Million Women Purple Walk 2013"

tidak dinamakan 'pencabulan'kah ini?

#sekian sama-sama kasih

Dihantar melalui peranti BlackBerry milik sementara 'saya' di dunia ®

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top