ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Hasta Pronto, Chavez (Pemimpin Pilihan Rakyat)

::hasta pronto, chavez::

kuasa imperialis Anglo - Amerika pinga-pinga
mereka menyaksikan kebanjiran jutaan rakyat
turun membanjiri dan melimpah di jalan raya
turun demi memperingati pemimpin negara
pemimpin yang mewakili suara seluruh rakyat
pemimpin yang menolak kepentingan sendiri
pemimpin yang diangkat dek daulat rakyat!

hasta pronto, chavez
muchas gracias

~ Ali Benghazi

#sekian sama-sama kasih

CARACAS: Lebih 55 ketua pemimpin dunia pemimpin dijadual menghadiri upacara pengebumian negara Presiden Hugo Chavez hari ini termasuk dari negara yang bersengketa dengan Amerika Syarikat (AS), iaitu Cuba, Iran dan Belarus.

Presiden sementara Venezuela, Nicolas Maduro, berkata ketua negara dari Afrika, Asia, Europah, Amerika Latin dan Caribbean sudah mengesahkan kehadiran mereka di Akedemi Tentera Caracas, jam 3.30 petang waktu tempatan hari ini.
Chavez mempunyai perhubungan akrab dengan beberapa negara yang bukan sekutu AS sepanjang tempoh pentadbirnnya selama 14 tahun.

Mendiang akrab dengan Presiden Syria, Bashar al-Assad, Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad dan pemimpin Libya, Moamer Kadhafi.

Rakan paling rapatnya, Presiden Cuba, Raul Castro, adalah antara pemimpin awal yang tiba di Caracas semalam untuk memberi penghormatan terakhir kepada pemimpin sosialis dan negara yang kaya dengan minyak itu. - AFP

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/55pemimpinduniahadirpengebumianChavez/Article

Dihantar melalui peranti BlackBerry milik sementara 'saya' di dunia ®

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top