ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Demokrasi: Sistem terburuk dalam sejarah manusia

///SEBUAH ulangan yang mungkin membosankan bagi sesetengah orang ... ah biarlah,

"DEMOKRASI adalah sistem pemerintahan terburuk dalam sejarah umat manusia"

~ Plato

///SISTEM terburuk? Kerana apa? Demokrasi mengangkat suara majoriti, sementara suara minoriti pula akan tertindas (tanpa pembelaan). Logiknya?

1. Bayangkan terdapat sebuah kampung. Jika di dalam kampung tersebut majoritinya manusia-manusia baik akhlaq dan minoritinya sekadar ada dua (2) atau tiga (3) manusia yang buruk akhlaq, maka sudah pastilah manusia-manusia baik yang majoriti itulah yang akan menang dalam setiap agenda pilihan mereka. Contohnya, sekiranya ada cadangan untuk mendirikan sebuah masjid, mampukah suara minoriti yang terdiri daripada dua (2) tiga (3) orang manusia yang buruk akhlaq itu menghalang dan seterusnya mengalahkan suara majoriti baik akhlaq sekampung itu? Sudah tentulah suara majoriti itu yang akan menang, lalu berdirilah akhirnya sebuah masjid yang tersergam indah asbab menang majoriti itu; dan

2. Bayangkan lagi sebuah kampung. Jika di dalam kampung tersebut majoritinya manusia-manusia buruk akhlaq dan minoritinya sekadar ada dua (2) atau tiga (3) manusia saja yang baik akhlaq, maka sudah pastilah manusia-manusia buruk akhlaq yang majoriti itulah yang akan menang dalam setiap agenda pilihan mereka. Contohnya, sekiranya ada yang mencadangkan untuk mendirikan sebuah pusat perjudian, mampukah suara minoriti yang terdiri daripada dua (2) tiga (3) orang manusia baik akhlaq itu menghalang dan seterusnya mengalahkan suara majoriti buruk akhlaq yang sekampung itu? Sudah tentulah suara majoriti itu yang akan menang, maka kemenangan sekelian majoriti itu telah menjadi asbab terbesar berdirinya sebuah pusat perjudian yang dihalalkan pembinaannya oleh manusia-manusia itu.

Itulah namanya ... DEMOKRASI

~ Ali Benghazi

#sekian sama-sama kasih

Dihantar melalui peranti BlackBerry milik sementara 'saya' di dunia ®

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top