ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

CANDU dilarang di England — dibenarkan di Malaysia (dahulunya)

::lihatlah bagaimana penjajah memusnahkan suatu bangsa, hanya dengan menyogok CANDU demi menjerat tenaga kerja, buruh murah dari negara China demi menambah kekayaan — iaitu dengan merampas segala hasil dalam negeri tanpa memperdulikan nasib rakyat di negeri itu sendiri::

(*) "HAL yang terpenting daripada perdagangan CANDU terdapat di Timur Jauh. Selama lebih daripada satu abad, CANDU digunakan sebagai sumber wang untuk menggelembungkan penghasilan negeri-negeri Eropah tertentu dengan pemilikan di Timur. Individu telah menjadi kaya atas hasil tersebut. Tanah jajahan menjadi makmur. Tenaga kerja, buruh murah dan berlimpah dari China, telah dipikat CANDU ke tanah jajahan yang tertentu kerana tenaga kerja PERIBUMI tidak diperoleh; namun kebanyakan individu telah dirosak oleh dasar yang pincang ini yang tidak menghiraukan kesejahteraan jutaan mereka untuk dimanfaatkan. Kehidupan manusia sama sekali telah diabaikan. Pertimbangan terhadap kesihatan masyarakat, membangun masyarakat yang mundur dan sederhana tidak pernah diajukan. Tidak ada yang begitu mudah diganti. CANDU telah didatangkan untuk menyia-nyiakan kehidupan manusia ini dengan menghancurkan nilai dan kecekapan mereka sema-mata untuk memakmurkan bangsa Eropah."

~ La Motte

(*) ADAPUN di England candu dilarang oleh undang-undang, pada masa yang sama ia (candu) dibenarkan di Malaysia (dahulunya).

///rujukan: Syed Hussien Alatas

#sekian sama-sama kasih

Dihantar melalui peranti BlackBerry milik sementara 'saya' di dunia ®

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top