ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Adat Itu Menyatu Dengan Agama

///ADAT menyatu dengan Islam

Tradisi

Biar mati anak jangan mati adat
Mati anak duka sekampung
Mati adat duka senegeri
Adat resam pakaian diri
Adat dipakai pusaka disandang
Memegang amanat ia amanah
Tidak beradat,
ke laut hanyut ke darat sesat
Adat tidak dipakai
aib tersingkap malu terburai
Adat tidak dipegang
muda celaka, tua terbuang
Adat tidak dijunjung
rakyat rosak binasa kampung
Bila adat sudah terkikis
tuah ternampak maruah pun habis
Bila adat sudah tenggelam
tuah lesap maruah pun padam
Kalau nak tahu kemuliaan umat
tengok kepada istiadatnya
Bahasa menunjukkan bangsa
Adat menunjukkan umat
Adat bersendikan syarak
Syarak bersendikan kitabullah
Syarak mengata, adat memakai
Bila bertelingkah adat dan syarak
tegakkan syarak
Adat dan Islam
bagai mata putih dengan mata hitam
rosak yang putih, binasa yang hitam
rosak yang hitam binasa pula yang putih
dianjak layu, diumbut mati
bila dianjak ia membunuh
bila dialih ia membinasakan

~ Dato' Dr. Mohd Rosli B. Saludin

#sekian sama-sama kasih

Dihantar melalui peranti BlackBerry milik sementara 'saya' di dunia ®

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top